Ruangan Iklan

Wednesday 30 March 2011

Perpustakaan Sultanah Bahiyah


Perpustakaan Sultanah Bahiyah dilengkapi dengan kemudahan yang terkini untuk digunakan oleh pelajar dan staf. Disamping mampu memuatkan 1,000 pengguna pada satu masa, kemudahan bilik perbincangan dan bilik karel turut disediakan Perpustakaan menggunakan sistem komputer sepenuhnya yang dikenali sebagai ILMU (Integrated Library Management Utility) dan mempunyai lebih daripada 224,270 koleksi buku, melanggan lebih daripada 715 judul terbitan bersiri serta langganan 2710 terbitan. Maklumat mengenai buku-buku di Perpustakaan juga boleh dicapai melalui Internet menggunakan perkhidmatan WebOPAC. Perpustakaan juga menyimpan koleksi bahan pandang dengar, tesis, peta, laporan syarikat, pangkalan data secara ‘online’ atau dalam bentuk CD-ROM. Perpustakaan ini mendapat pengiktirafan MS ISO 9002 sejak Disember 1997.

No comments:

Post a Comment