Ruangan Iklan

Wednesday 30 March 2011

SEJARAH SINTOK


Sintok merupakan sebuah bandar kecil di Kedah, Malaysia. Sintok terletak kira-kira 52 kilometer dari Bandar Raya Alor Star dan kira-kira 12 kilometer dari pekan Changlun. Sintok dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun-Sintok dan juga melalui jalan raya dari Padang Terap.
Nama "Sintok" yang diambil daripada nama sejenis pokok, asalnya adalah merupakan sebuah petempatan terpencil yang menempatkan para pelombong bijih timah. Bagaimanapun, disebabkan kedudukannya yang sangat berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand, menjadikan ia terdedah kepada ancaman komunis. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk memindahkan semua penduduk ke kawasan yang lebih selamat, sekali gus mengisytiharkan Sintok sebagai kawasan hitam. Sejarah mencatatkan begitu ramai anggota pasukan keselamatan yang telah terbunuh di kawasan Sintok.
Pada pertengahan tahun 80-an, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri telah bersetuju untuk membina sebuah universiti di Sintok. Universiti yang diberi nama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mula dibina pada akhir tahun 80-an bagi menggantikan kampus sementara di Bandar Baru Darul Aman, Jitra.
Sebagai tanda peringatan terhadap pengorbanan pasukan keselamatan, sebuah Tugu Peringatan telah dibina di Kampus Universiti Utara Malaysia. Pada tugu berkenaan telah disemadikan senarai nama anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika menjalankan tugas menentangan ancaman komunis.
Kewujudan kampus UUM telah mempercepatkan pertumbuhan beberapa petempatan baru seperti Bandar Baru Sintok dan Bukit Kachi yang terletak bertentangan dengan Hutan Simpan Sungai Badak

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUKAN UUM



   
Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia mula beroperasi semenjak penubuhanya pada 16 Februari 1984 di kampus sementara di Tanah Merah, Jitra Kedah Darul Aman yang dikenali sebagai Unit Sukan dan Rekreasi Universiti Utara Malaysia.
Kemudiannya pada tahun 1991, Pusat Sukan UUM telah berpindah ke kampus utama di Sintok. Di sini operasi Pusat Sukan UUM berjalan dengan lebih matang lagi dengan adanya kemudahan yang lengkap di kampus yang baru.
Mulai daripada tahun 2002 Unit Sukan dan Rekreasi telah di iktiraf sebagai Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia. Ini adalah selaras dengan perkembangan dan fungsi yang di jalankan oleh Pusat Sukan pada masa kini.


Puncak vista


Puncak vista
Seterusnya terdapat 3 puncak vista yang dibina di dalam kampus sebagai tempat rekreasi, 2 terletak di dalam hutan sintok yang masing-masing mempunyai ketinggian 6.3 meter dari permukaan tanah.  Puncak ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Sebuah lagi puncak vista didirikan diatas bukit berhampiran kolej kediaman pelajar, yang mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut dan harus menaiki anak tangga yang berjumlah 164 anak tangga.
     Puncak ini amat sesuai bagi golongan yang inginkan keindahan permandangan panorama Kampus Sintok  secara keseluruhan.

VARSITY MALL


Pusat Kesihatan Universiti (dahulunya PUSAT KESIHATAN PELAJAR), Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) mula beroperasi pada tahun 1986 di kampus sementara di Tanah Merah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pada tahun 1990, Pusat Kesihatan Pelajar turut berpindah bersama universiti induk ke kampus barunya di Sintok, Kedah. Staf PKUUUM pada ketika itu hanya seramai enam orang. Perkhidmatan yang diberi terhad kepada rawatan pesakit luar dan rawatan pergigian. Pada ketika ini bilangan staf melebihi 30 orang dan perkhidmatan juga telah diperluas dan pelbagaikan.
Mulai tahun 1995, PKPUUM dengan bantuan Pusat Komputer, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melahirkan satu Sistem Klinik Berkomputer bertujuan mempercepatkan proses merawat pesakit. Sistem ini melibatkan keseluruhan perkhidmatan perubatan dari masa pendaftaran sehingga pesakit mendapat rawatan. Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia merupakan pusat kesihatan universiti pertama di Malaysia yang menggunakan sistem klinik berkomputer bersama smart card dan sistem ini mendapat pengiktirafan apabila memenangi tempat kedua dalam pertandingan Asia Pacific Multimedia Information Technology and Telecommunication Awards pada Mac 2001.
Pada April 1998 PKU UUM dipilih oleh universiti menjadi sebuah Strategic Business Unit (SBU) yang diharap dapat menjana kewangan bagi pusat khasnya dan universiti amnya. Sehingga kini ia antara penyumbang dana terbesar universiti.
Selain memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat universiti, PKU UUM turut memberi sumbangan dalam pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah warga universiti serta khidmat bakti kepada masyarakat orang awam sesuai dengan moto universiti 'Ilmu, Budi, Bakti'.
Perkhidmatan terbaik dan tersusun PKU UUM terbukti kini dengan kejayaannya mendapatkan pengiktirafan ISO 9002 yang diperolehi bersama keseluruhan universiti pada Disember 2001 dan menjadi pusat kesihatan institut pengajian tinggi pertama di Malaysia yang mencapai kejayaan tersebut.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pegawai Tadbir Kanan (PTK) Ke-9 Bil. 1/2003 yang bersidang pada 26 April 2003 telah bersetuju supaya Pusat Kesihatan Pelajar, UUM diletakkan di bawah Jabatan Canselori dengan nama Pusat Kesihatan Universiti berkuatkuasa mulai 1 Jun 2003.

Masjid Sultan Badlishah


Masjid Sultan Badlishah terletak ditengah-tengah kawasan kediaman pelajar dan boleh menampung sehingga 5,000 orang jemaah pada satu masa. Disamping ruang sembahyang yang luas, Masjid ini turut dilengkapi dengan perpustakaan, bilik kuliah, bilik komputer, bilik mesyuarat dan bilik persalinan untuk kegunaan pelajar dan staf. Berfungsi sebagai pusat ibadah, pendidikan dan khidmat nasihat kerana menawarkan aktiviti seperti kelas Fardhu Ain dan Bahasa Arab, Kursus Bersepadu Pra-Perkahwinan Islam dan sebagainya. Seminar, forum, kursus dan bengkel juga dianjurkan dari semasa ke semasa untuk masyarakat kampus dan umum.